Tangkap layar video CCTV sebuah kedai emas Permata Al Idrus di Batu Enam di Kuala Nerus hari ini.

[VIDEO] Kedai emas disamun dua lelaki bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Sebuah kedai emas Permata Al Idrus di Batu Enam di sini menjadi sasaran samun dua lelaki bersenjata yang melarikan tiga dulang barang kemas hari ini.

Kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi kedua-dua suspek melakukan samun tersebut tersebar.

Menerusi rakaman CCTV berkenaan, dua lelaki memakai topi keledar dilihat memasuki premis tersebut dengan membawa senjata tajam dipercayai parang panjang.

Kedua-dua suspek kemudian dilihat sempat melarikan tiga dulang berisi barang kemas dari premis berkenaan.

Berita lanjut menyusul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN