Dalia Adnin Ruzaini, 24, ditemani ibu bapanya meraih Anugerah Tokoh Graduan Cemerlang sempena Majlis Konvokesyen Universiti Al-Azhar 2026.

Anak Negeri Sembilan terbaik di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kejayaan anak kelahiran Senawang, Dalia Adnin Ruzaini, 24, meraih Anugerah Tokoh Graduan Cemerlang sempena Majlis Konvokesyen Universiti Al-Azhar 2026 mengharumkan nama Negeri Sembilan di persada antarabangsa.

Lebih membanggakan, kejayaan penuntut Fakulti Ulum Islamiah dengan pengkhususan Syariah itu membuktikan anak Negeri Sembilan mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang pengajian Islam di institusi pengajian tinggi tersohor dunia.

Dalia berkata, dia tidak menyangka akan menerima pengiktirafan berkenaan kerana sepanjang pengajian, fokus utamanya hanyalah untuk menjadi penuntut ilmu yang bersungguh-sungguh dan memberi manfaat kepada orang lain.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, kejayaan itu didorong doa ibu bapanya, Ruzaini Yusof, 62, dan Nor Izuani Mohamad Noor, 54.

“Saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk menerima pengiktirafan ini kerana fokus utama saya hanyalah mahu menjadi pelajar yang memberi hak kepada ilmu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalia berkata, pengalaman berjauhan daripada keluarga dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara orang antara perkara paling mencabar sepanjang pengajiannya di Mesir.

Tambahnya, sistem pembelajaran di Al-Azhar turut menuntut disiplin tinggi serta kesungguhan untuk membaca, mengulang kaji dan mendalami kitab-kitab turath.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN