Pelakon Iman Zulkarnain menghadapi tekanan sehingga menjejaskan kehidupan peribadi dan menyebabkan rumah tangga berakhir dengan perceraian.

‘Tak percaya sesiapa sampai saya bercerai dengan isteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Demi memberi lakonan yang terbaik dalam filem berjudul Bisikan, pelakon Iman Zulkarnain menghadapi tekanan sehingga menjejaskan kehidupan peribadi dan menyebabkan rumah tangga berakhir dengan perceraian.

Menurut Iman, 35, tanggungjawab membawa karakter berat ketika masih baharu dalam dunia lakonan menyebabkan dia hilang keyakinan diri dan sukar mempercayai orang sekeliling, termasuk bekas isteri.

“Ketika itu saya masih baharu dan ini watak utama pertama saya. Tekanannya begitu berat hingga saya tidak okey selepas penggambaran kerana merasakan tanggungjawab itu di luar kemampuan saya.

“Saya hilang keyakinan diri dan ada masalah kepercayaan dengan semua orang. Saya tidak percaya sesiapa sampai saya bercerai. Ketika itu, saya ada masalah komunikasi dengan bekas isteri.

“Disebabkan saya hadapi tekanan melampau sehingga ada anxiety, saya jadi tidak percaya kepada bekas isteri dan membuat tuduhan yang bukan-bukan,” ujarnya mengimbas tentang filem yang menjalani penggambaran pada 6 tahun lalu itu.

Bagi menangani keadaan tersebut, Iman mendapatkan bantuan seorang terapi selepas rakan artis aktor Iqram Dinzly menyedari perubahan dirinya dan menawarkan untuk menanggung kos sesi berkenaan.

Proses pemulihan mengambil masa lebih setahun, namun bantuan diterima membolehkannya memperbaiki rutin pemakanan dan tidur, selain belajar menerima pandangan orang serta kembali bergaul.

Iman bagaimanapun tidak menyesali penglibatannya dalam filem itu, sebaliknya menjadikan pengalaman tersebut pengajaran supaya lebih bersedia sebelum menerima watak mencabar dan tidak terlalu menekan diri untuk mencapai mutu lakonan yang diinginkan.

Mengenai hubungan dengan bekas isteri, Iman berkata, komunikasi mereka kini jauh lebih baik dan terbuka, selain masing-masing memberi tumpuan terhadap tanggungjawab membesarkan tiga orang anak bersama.

Untuk rekod, Iman atau nama sebenarnya Nuriman Zulkarnain, 35, berpisah dengan isteri kedua pada Disember 2019, manakala talak terhadap isteri pertama dilafazkan pada 2021. Tiga cahaya matanya merupakan hasil perkahwinan pertama.

Filem Bisikan arahan Opie Zami terbitan D’Alpha Legacy Production bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 November ini, menampilkan Iman bersama Azhan Rani, Vanida Imran, Fatin Afeefa, Altimet dan Puteri Rayyana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN