DUA individu disahkan mengalami kecederaan parah dalam insiden terbabit. - UKNIP

Kabus tebal cetus nahas 30 kenderaan, dua individu cedera parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Lebuhraya M20 di Kent, England terpaksa ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah susulan kemalangan berturut-turut berskala besar membabitkan lebih 30 kenderaan, termasuk kereta persendirian dan kenderaan berat, berikutan jarak penglihatan yang terjejas akibat kabus tebal, lapor saluran berita The Sun UK.

Menurut kenyataan Polis Kent, sekurang-kurangnya dua individu disahkan mengalami kecederaan parah dalam insiden terbabit.

Salah seorang mangsa yang parah telah dikejarkan ke sebuah hospital di London bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa dihantar ke hospital tempatan berhampiran. 

Beberapa pemandu lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Pelbagai agensi perkhidmatan kecemasan digerakkan ke lokasi kejadian, termasuk pasukan perubatan ambulans udara yang tiba melalui jalan darat bagi memberikan bantuan segera. 

Pengguna jalan raya di kawasan sekitar diberi amaran keras agar memperlahankan kenderaan dan meningkatkan kewaspadaan memandangkan kabus tebal masih menyelubungi laluan berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN