fbpx
DUA lelaki tempatan dan 24 warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan hari ini.

Dua lelaki tempatan, 24 warga Vietnam mengaku lakukan penipuan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Dua lelaki tempatan bersama 24 warga Vietnam termasuk tujuh wanita masing-masing didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan terlibat dalam jenayah penipuan secara dalam talian, Oktober lalu.

Khoo Chun Shiang, 21, dan Beh Zi Xuan, 29, serta warga Vietnam berusia 20 hingga 48 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Muhamad Saifuldin Ab Rahman.

Menurut kertas pertuduhan, semua tertuduh yang kebanyakannya bekerja sebagai pembantu kedai, penganggur dan suri rumah itu didakwa secara bersama bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan jenayah penipuan secara dalam talian dengan cara ‘phishing’ ( Seksyen 417 Kanun Keseksaan).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lorong Tok Sira 8 di sini pada 26 Oktober lalu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu dalam prosiding, Muhamad Saifuldin memohon pertimbangan mahkamah agar mengenakan hukuman berbentuk denda minimum ke atas anak guamnya dengan mengambil kira pengakuan bersalah yang telah menjimatkan masa mahkamah.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon satu hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai berikutan peningkatan kes-kes penipuan ketika ini.

Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan barang kes dilucut hak selepas selesai tempoh rayuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN