fbpx
Tangkap layar rakaman keadaan jalan raya yang mula sesak.

[VIDEO] Cuti Deepavali: Waktu kerja belum habis, lebuh raya dah sesak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa laluan dan lebuh raya utama mula sesak seawal tengah hari ini apabila orang ramai mengambil kesempatan memulakan perjalanan pulang ke kampung sempena hujung minggu dan sambutan Deepavali.

Keadaan itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang berkongsi perkembangan trafik di laluan masing-masing, meskipun belum memasuki waktu puncak.

“Jem (sesak) teruk dari tol Ipoh menghala ke terowong…Tak pasti ada kemalangan atau selenggara jalan,” kata Muhamadwafi.

“Batu Caves tu kenapa sesak tu? Ada turap jalan ke?,” soal Nurshaz.

“Belum apa-apa dah jem (sesak), syarikat boleh tolong periksa kalau staf tiba-tiba ambik MC hari ini. Tahu-tahu tengah melekat dekat Tol Bentong,” kata Naem.

Sementara itu, perkembangan yang dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di facebook, trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan membabitkan kedua-dua arah terutama Ipoh ke Kuala Kangsar, Juru ke Perai dan Sungai Buloh ke Bukit Lanjan.

Di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan bermula di Gombak ke Genting Sempah bersambung menuju Lentang.

Turut dilaporkan beberapa laluan utama di sekitar Lembah Klang turut berdepan peningkatan trafik ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN