fbpx
Saarani (dua dari kanan) dan Azmi (tengah) di Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

Farm Fresh sumbang susu percuma kepada murid prasekolah terpilih di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Inisiatif pemberian susu percuma kepada 177 prasekolah terpilih di Perak terus diperkasa menerusi sumbangan oleh Farm Fresh Berhad.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau menyambut baik usaha itu kerana pemakanan yang baik sejak usia awal merupakan antara asas penting dalam membentuk anak-anak sihat, cerdas dan berdaya saing.

“Kita mahu pembangunan yang dilaksanakan memberi makna kepada kehidupan rakyat.

“Anak-anak mesti diberikan permulaan yang baik, peluang yang saksama dan perhatian sewajarnya kerana merekalah pewaris kepada masa depan negeri ini,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hotmat Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad (Farm Fresh), Azmi Zainal.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah serta Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman.

Dalam pertemuan itu, pihak Farm Fresh menyampaikan sumbangan bagi menjayakan inisiatif pemberian susu percuma kepada murid prasekolah terpilih di Perak.

Saarani berkata, sehubungan itu, kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta seperti itu harus terus diperkasa.

“Kemakmuran tidak seharusnya hanya diukur melalui angka pertumbuhan tetapi juga melalui mutu kehidupan dan kesejahteraan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

“Inilah tekad kita dalam menjayakan Perak Sejahtera 2030,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN