fbpx
ANGGOTA Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulai melakukan kerja-kerja menyelamat seorang kanak-kanak yang terjatuh dalam kolam takungan di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai, pagi tadi.

Budak 6 tahun lemas jatuh kolam ketika mancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas selepas dioercayai terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai di sini pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 10.17 pagi.

Katanya, susulan itu, seramai enam anggota dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya empat kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati seorang mangsa kanak kanak lelaki dipercayai telah terjatuh ke dalam kolam takungan.

“PKO bertindak menjalankan operasi menyelamat menggunakan tali dan stretcher bagi membawa mangsa keluar dari kolam tersebut,”katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Awang Adzwan lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN