fbpx
TONY Eusoff berharap masyarakat khususnya penganut agama Kristian menerima permohonan maaf pelakon Zahirah Macwilson.

‘Zahirah sudah mohon maaf, biarlah dia teruskan kehidupan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Tony Eusoff berharap masyarakat khususnya penganut agama Kristian menerima permohonan maaf pelakon Zahirah Macwilson susulan kenyataan didakwa menyentuh sensitiviti bangsa lain dalam media sosial baru-baru ini.

Tony, 49, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya diperbesar-besarkan kerana boleh menganggu gugat keharmonian kaum di negara ini.

“Sebagai seorang beragama Kristian, saya berpesan kepada rakan-rakan seagama agar tidak terlalu terkesan.

“Betul, dia mungkin terlanjur dalam berkata-kata tetapi tiada sesiapa yang terlepas daripada melakukan kesalahan.

“Hanya orang yang sudah mati sahaja tidak buat silap dan harap kita semua boleh ‘move on’. Kalau iman kuat, benda remeh seperti ini tak sepatutnya memberi kesan mendalam kepada kita,” katanya dalam satu hantaran media sosial.

Tambahnya, permohonan maaf yang dibuat Zahirah sewajarnya diterima orang ramai dengan hati yang terbuka.

“Kita percaya Tuhan itu Maha Penyayang dan Pengampun. Tidak perlu untuk kita berasa tersinggung (offended) kononnya mahu mempertahankan Tuhan, siapalah kita?

“Zahirah telah mohon maaf, jadi kita terima maaf tersebut dan biarlah dia meneruskan kehidupannya.

“Negara kita aman dan kita perlu teruskan keadaan begitu,” katanya lagi.

Kelmarin, media sosial kecoh selepas Zahirah mempersoalkan beberapa amalan ketika sambutan Halloween dan Krismas, termasuk kanak-kanak memakai kostum, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.

Menerima kecaman ramai, Zahirah memohon maaf selepas hantaran media sosialnya mengenai sambutan perayaan tertentu mengundang kecaman, selain mengakui masih dalam proses mendalami ilmu berkaitan agama dan kepercayaan.

Ujar Zahirah, dia tidak berniat menyinggung perasaan atau memperlekeh kepercayaan mana-mana pihak. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN