LELAKI Sudan mengayak emas di kampung Al-Abidiya, utara Sudan. – AFP

Diserang semasa cari emas, 72 maut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KHARTOUM – Sekurang-kurangnya 72 pekerja terbunuh dalam serangan udara di sebuah lombong emas di sempadan Sudan-Mesir, kata kumpulan hak asasi manusia Sudan semalam.

Organisasi dikenali sebagai Peguam Kecemasan berkata, tentera udara Mesir melancarkan serangan itu. AFP bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut, manakala Mesir belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Serangan kelmarin merupakan yang kedua pada tahun ini di gunung Jabal al-Uqaydat selepas serangan udara dilaporkan oleh Mesir mengorbankan 23 pekerja di tapak lombong emas tidak rasmi itu, Jun lalu.

Tentera Mesir tidak mengaku melakukan serangan kelmarin  tetapi berkata, pihaknya  melancarkan ‘operasi berskala besar’ menyasarkan perlombongan emas haram di sempadannya pada hari kejadian.

Kawasan sempadan antara Sudan dan Mesir yang kaya dengan galian dan dinamakan Segi Tiga Halayeb itu menjadi isu pertikaian kerana dituntut oleh kedua-dua Kaherah dan Khartoum.

Kaherah bagaimanapun merupakan sekutu utama tentera Sudan yang sedang memerangi kumpulan separa tentera, Tentera Sokongan Pantas (RSF).

“Serangan kelmarin mengakibatkan kematian 72 pelombong awam, manakala usaha untuk mendokumentasikan dan mengesahkan jumlah sebenar korban masih dilakukan,” kata Peguam Kecemasan.

Sementara itu, dua mangsa terselamat menceritakan kepada AFP tentang detik cemas mereka melarikan diri dari lombong itu.

Pelombong Abdelaziz Youssef berkata, sebuah jet muncul di ruang udara kira-kira pukul 8 pagi kelmarin dan ‘menyerang sebanyak lima kali, menyebabkan ramai orang terbunuh.

“Kami berlari ke atas bukit kerana takut akan serangan lain,” katanya kepada AFP.

Seorang lagi mangsa terselamat, Sharaf Ali berkata, terdapat beribu-ribu orang bekerja apabila lombong terpencil itu diserang.

“Selepas serangan udara itu, orang ramai bertaburan melarikan diri, sebab itulah tiada siapa tahu berapa ramai yang sebenarnya terbunuh,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN