FADZLI meninjau keadaan Sungai Sungai Gali dan Sungai Lampan di Raub yang tercemar hingga menyebabkan pelbagai spesies ikan mati.

Sebuah premis disyaki punca pencemaran Sungai Lampan dan Sungai Gali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Sampel air daripada sebuah premis yang disyaki menjadi punca pencemaran Sungai Lampan dan Sungai Gali di sini diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, sampel berkenaan diambil Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) kira-kira pukul 2 pagi semalam.

“Pencemaran yang bermula di Sungai Lampan itu kini dilaporkan mengalir ke Sungai Gali sebelum merebak ke Sungai Dong.

“Keadaan ini membimbangkan apabila kandungan oksigen dalam air sungai terlalu rendah sehingga menyebabkan kematian hidupan akuatik, selain dikhuatiri memberi kesan buruk terhadap ekosistem ketiga-tiga sungai dalam jangka panjang.

“Tindakan segera perlu diambil bagi menghentikan aliran air dari premis berkenaan ke sungai berhampiran bagi mengelakkan pencemaran terus merebak,” katanya di sini, semalam.

Fadzli yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, beliau telah meminta UPNP untuk memastikan tiada lagi penyaliran air daripada premis tersebut ke sungai berdekatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN