Saifuddin (dua, kanan) bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan) meninjau hasil kerja kimpalan penghuni PUSPEN sempena majlis penyerahan projek membina dan meroboh serta menaik taraf PUSPEN KARAK, di Bentong, hari ini.

Siasatan perlu selesai sebelum sebarang keputusan terhadap Shuhaily-KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Proses siasatan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung insiden video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis kini menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat berhubung insiden berkenaan, termasuk mengambil keterangan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Jalan yang paling betul, oleh kerana aduan telah dibuat maka pihak berkuasa iaitu polis akan menjalankan siasatan. Keterangan akan diambil, bukti akan dikumpul dan mereka akan lengkapkan kertas siasatan.

“Setelah lengkap, mereka akan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Sama ada sudah sampai ke situ atau tidak, saya tidak ada sebarang maklumat lagi,”katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Membina dan Meroboh Serta Menaik Taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak di sini hari ini.

Saifuddin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat sama ada kertas siasatan berhubung kes berkenaan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara kerana baru selesai menjalankan tugasan di luar negara.

Tambahnya, pihaknya akan menunggu proses berkenaan dilaksanakan sebelum sebarang maklumat lanjut mengenai kes itu dimaklumkan kepada umum.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan AKPS merupakan agensi yang masih baharu ditubuhkan dan berusia dua tahun, namun mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan serta kawalan di pintu masuk negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN