PENCERAMAH motivasi direman dua hari di Mahkamah Kangar, hari ini.

Penceramah motivasi direman bantu siasatan kes ‘ganggu’ kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang penceramah motivasi bebas direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kangar, Mohd. Amiruldin Roslan pada pagi tadi.

Suspek ditahan di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 11 malam tadi sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar bagi mendapatkan perintah reman.

Suspek yang memakai baju-T berwarna hitam tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Terdahulu, Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang membabitkan penceramah motivasi terbabit pada 26 September lalu.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis turut menggesa mana-mana individu lain yang mungkin menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN