GUNUNG Anak Krakatau mengeluarkan asap dan alirah lahar seperti dilihat dari Selat Sunda pada 12 September lalu. – AFP 

2 pulau baharu muncul di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua pulau baharu muncul di perairan berhampiran Gunung Anak Krakatau berikutan letusan besar bulan lalu, kata ketua agensi Pusat Vulkanologi dan Pengurusan Bencana Geologi (PVMBG) hari ini.

Pulau-pulau itu dikesan dalam imej satelit di kaldera dipenuhi air di mana Anak Krakatau terletak, kata ketua PVMBG, Rita Susilawati kepada AFP.

“Berdasarkan penilaian imej satelit Sentinel, dua pembentukan menyerupai pulau kecil boleh dilihat di sekitar gunungh berapi Anak Krakatau  di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera,” tambahnya.

Sentinel ialah kumpulan kapal angkasa pemerhatian Bumi yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA).

Salah satu pulau itu terletak kira-kira 760 meter di barat laut Gunung Anak Krakatau, manakala pulau kedua berada  kira-kira 495 meter ke barat daya.

Rita berkata, masih terlalu awal untuk menggelar pulau-pulau itu sebagai ‘anak’ Gunung Anak Krakatau, yang dengan sendirinya terbentuk daripada letusan Gunung  Krakatau pada 1883.

Gunung Anak Krakatau meletus 25 jam tanpa henti pada September lalu, menyelubungi bandar-bandar dengan abu gunung berapi dan menyebabkan beberapa lapangan terbang ditutup.

Lebih 300,000 penumpang terkandas sepanjang tempoh tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN