fbpx
UMNO mengumumkan pelancaran tabung khas bagi membantu meringankan beban kewangan Najib untuk melunaskan denda RM50 juta.

Setiap jam, ada tambahan RM50,000 dalam Tabung Solidariti Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kutipan Tabung Solidariti Najib dilaporkan terus meningkat dengan tambahan antara RM40,000 hingga RM50,000 setiap jam susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Perkembangan itu menunjukkan sumbangan kepada tabung berkenaan terus mengalir selepas ia dilancarkan bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,  jumlah kutipan menunjukkan peningkatan konsisten dari semasa ke semasa dan beliau menjangkakan hari ini mencecah RM2 juta.

“Saya menjangkakan hari ini kita akan mencecah RM2 juta. Cepat, setiap jam itu (kutipan) RM40,000 hingga RM50,000 penambahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tabung berkenaan diwujudkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk penyelesaian denda berjumlah RM50 juta.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan pelancaran tabung khas bagi membantu meringankan beban kewangan Najib untuk melunaskan denda berkenaan.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi menegaskan kutipan tersebut bukan yang diwajibkan kepada mana-mana pihak, sebaliknya ia merupakan sumbangan orang ramai secara sukarela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN