fbpx
THEVENDRAN (kiri) ketika menewaskan Rakesh pada aksi penentuan pingat gangsa bawah 55kg lelaki hari ini. - AFP

Sukan Asia: Karate sumbang dua gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kontinjen Malaysia membuka ‘akaun’ pingat pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas karate menyumbang dua pingat gangsa hari ini.

Gangsa yang juga pingat pertama negara hadir menerusi atlet kumite bawah 55 kilogram (kg) lelaki, K. Thevendran yang mencatat kemenangan 9-1 ke atas Rakesh Manandhar dari Nepal dalam aksi repechage.

Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Toyohashi, Aichi, dia pada awalnya tewas 0-3 kepada atlet Uzbekistan, Khalimov Khumoyunmirzo di pusingan suku akhir.

Kemudian, rakan sepasukannya, H. Sureeya Sankar memastikan pingat gangsa kedua Malaysia selepas ‘membelasah’ atlet Vietnam, Chu Van Duc 10-2 pada aksi penentuan pingat gangsa kategori 60kg.

Terdahulu, atlet berusia 24 tahun itu terpaksa akur tewas 1-7 kepada Abdelrahman Abdelhamid dari Qatar di separuh akhir dan kempunan ke pentas final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN