fbpx
PESAWAT F-35 dirakam di Pangkalan Udara Taktikal Lask, tengah Poland pada 12 Jun lalu. – AFP 

Amerika lulus  jual 48 F-35 kepada Arab Saudi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan 48 jet pejuang halimunan F-35 serta peralatan berkaitan bernilai AS$24.3 bilion (RM99.2 bilion) kepada Arab Saudi, kata Jabatan Negara semalam, dalam langkah yang meningkatkan kekuatan tentera Riyadh secara signifikan.

Arab Saudi sekian lama berhasrat membeli pesawat F-35, namun pegawai-pegawai Israel menyuarakan kebimbangan mengenai penjualannya kepada Riyadh, di sebalik usaha untuk menormalkan hubungan kedua-dua belah pihak.

“Cadangan penjualan ini akan meningkatkan keupayaan Arab Saudi untuk menyekat ancaman semasa dan ancaman masa hadapan dengan memperkasakan pertahanan tanah airnya, serta meningkatkan kebolehkendalian bersama tentera AS,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan.

“Ia juga akan menambah bilangan pesawat Arab Saudi serta meningkatkan keupayaan pertahanan udara ke udara dan udara ke darat,” tambahnya.

Jabatan Negara telah memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan penjualan tersebut, yang memerlukan kelulusan wakil rakyat AS. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN