fbpx
Orang awam membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar pagi ini.

Lori terbalik laluan Terowong Menora – Kuala Kangsar, halang semua lorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua lorong di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Perak terhalang selepas sebuah lori dipercayai terbalik dan melintang di laluan berkenaan pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kemalangan itu berlaku di Kilometer 257.7 arah utara dan menyebabkan trafik terhenti sepanjang kira-kira 1.7 kilometer.

Menurut LLM menerusi makluman Info Trafik pada pukul 9.18 pagi, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang halangan di hadapan serta memandu dengan berhati-hati.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi keadaan trafik yang dilaporkan sesak teruk susulan kemalangan tersebut.

Pengguna Threads @taufik_tahar mendakwa kemalangan berlaku selepas Terowong Menora menghala ke utara, dengan sebuah lori terbalik secara melintang di lebuh raya.

“Baru jadi lagi rasanya (8.30 pagi, 18 September 2026), pemandu macam ada lagi dalam lori. Jem gila nanti tu. Bomba nampak baru dalam perjalanan.

“Boleh dah siapa-siapa nak ke utara, lalu Sungai Siput,” katanya.

Seorang lagi pengguna @ncafaaa turut memaklumkan trafik menghala ke utara tidak bergerak, selain lorong kiri tidak dapat dilalui.

“Anyone menghala ke utara, jam tak bergerak ya. Treler terbabas, sesak dari terowong lagi. Lorong kiri tak boleh jalan langsung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN