Sebuah Toyota Camry dihempap pokok tumbang di Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam petang ini. IHSAN BOMBA

Pokok tumbang hempap Toyota Camry di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Sebuah kereta jenis Toyota Camry dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.35 petang.

“Komander operasi melaporkan terdapat sebatang pokok tumbang dan menghempap kereta Toyota Camry.

“Kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dijalankan dan kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan sebuah jentera tiba di lokasi pada pukul 4.41 petang.

Katanya, operasi masih dijalankan bagi mengalihkan pokok berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN