ABADI didakwa di Mahkamah Majistret Koga Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh anak saudaranya di sebuah sungai Sedeli Besar, minggu lalu.-FOTO MASTURAH SURADI

[VIDEO] Penebar roti canai didakwa bunuh anak buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang bapa saudara berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah sungai Sedeli Besar, di sini minggu lalu.

Tertuduh, Abadi Mohd Yasro, 37, yang bekerja sebagai penebar roti canai faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Najihah Hamidi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah membunuh anak saudaranya, Putri Nur Affiya Qhalhesya Sahrul kira-kira pukul 8.20 pagi di sebuah sungai Sedeli Besar pada 21 September lalu.

Ekoran itu dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati hendaklah dihukum sebatan tidak daripada 12 sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan tarikh pemeriksaan kesihatan di Hospital Permai Johor Bahru dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati lemas selepas dicampak ke dalam sebatang sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili oleh bapa saudaranya yang disyaki mengalami masalah mental.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN