Thom Haye (kanan) mahu pasukan meriah keputusan positif ketika menentang Malaysia. - Foto ihsan FIFA

Piala ASEAN FIFA: Indonesia sedia robek kubu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK tengah Indonesia, Thom Haye percaya rakan-rakan sepasukan sudah bersedia untuk merobek benteng skuad Harimau Malaya menjelang aksi kedua Kumpulan A saingan Piala ASEAN FIFA, malam esok.

Haye percaya kemenangan 2-0 yang dilakar ke atas Singapura dalam aksi pembukaan memberikan momentum penting buat skuad Garuda sebelum berdepan Harimau Malaya.

Kini, pemain kelab Persib Bandung itu mahu pasukan menggandakan usaha ketika bertemu Malaysia kerana kedua-dua pasukan mempunyai sejarah persaingan panjangdan sering mencetuskan suasana berbeza setiap kali bertemu.

Kata Haye, perlawanan seperti itu adalah antara detik yang paling dinanti-nantikan oleh pemain bola sepak serumpun.

“Sebagai pemain bola sepak, anda sentiasa menantikan perlawanan besar seperti ini.

“Semua orang tahu sejarah dan besarnya persaingan antara Indonesia dan Malaysia. Selepas meraih tiga mata penting ketika bertemu Singapura, pemain sangat teruja dan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pemain berusia 31 tahun itu menyedari aspek kecergasan akan menjadi faktor penting memandangkan jadual pertandingan yang padat dengan tempoh pemulihan singkat.

“Dari segi fizikal, kami berada dalam keadaan baik setakat ini. Jadual sangat padat dengan tempoh antara perlawanan yang singkat, jadi jurulatih memastikan semua pemain kekal cergas.

“Mungkin akan ada sedikit perubahan atau penggiliran pemain dalam perlawanan akan datang untuk memastikan semua kekal sihat dan cergas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN