fbpx
DAYANG Areeda mahu memberi peluang kepada kekasihnya, Hazeeq Dean mengukuhan karier terlebih dahulu sebelum mengatur perancangan untuk berumah tangga. – IQBAL ROSLI

Sanggup kahwin lambat, tunggu kekasih kejar impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUA tahun bercinta, pelakon Dayang Areeda dan kekasihnya, juga teman seperjuangan dalam dunia seni, Hazeeq Dean enggan terburu-buru mengejar bayangan bahagia ke jenjang pelamin.

Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, berkata, dia terbuka dalam memberikan ruang kepada kekasihnya itu untuk mengukuhkan kerjaya sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Akui Dayang, usianya yang sudah melepasi garis 30-an juga tidak dijadikan alasan untuk tergesa-gesa bergelar isteri kerana keluarga masing-masing juga memahami situasi mereka.

“Kami sudah berkawan sejak dua tahun selain menjadi rakan kongsi perniagaan Cookiee Cafe & Florist yang beroperasi di Jalan Pekeliling Lama, Titiwangsa sejak Januari lalu.

“Sudah tentu kami serius dalam hubungan dan mempunyai perancangan ke fasa seterusnya tambahan pula saya lebih berusia daripadanya. Saya 32 tahun dan dia baru 28 tahun.

“Tetapi saya nak dia capai dahulu apa yang diinginkan dalam kehidupan mahupun kerjaya seni. Saya enggan mendesak walaupun orang kata saya sudah berusia.

“Apa pun syukur sebab keluarga pun faham kami punya misi untuk dilunaskan terlebih dahulu.

“Memang hubungan ini serius, cuma kahwin bukan sekarang,” katanya ketika ditemui usai pelancaran drama bersiri siaran iQIYI, Sekali Lagi Bahagia.

Wanita asal Kudat, Sabah itu mengakui, mahu melihat kekasihnya mencapai kejayaan sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami.

Tiada syarat

Mengenai penerimaan keluarga, katanya, orang tuanya tidak meletakkan sebarang syarat, namun tetap menitipkan nasihat kepada mereka dalam melayari kehidupan.

“Keluarga bukan jenis mendesak. Saya ada empat adik-beradik dan hanya saya perempuan. Kesemua mereka sangat menjaga saya.

“Setakat ini keluarga kami pun sudah saling mengenali. Insya-Allah, andai ada perjalanan ke arah berumah tangga, kami mahu ikut adat.

“Antaranya tentu ada acara merisik disusuli bertunang. Janji dia sudah dapat apa yang dia mahu.

“Dia pun dalam bidang lakonan baru lima tahun selepas menyertai Hero Remaja,” ujarnya.

Dalam perkembangn terkini, Dayang teruja menunggu reaksi umum terhadap lakonan terbaharu, Sekali Lagi Bahagia yang ditayangkan sejak 21 September lalu.

Bergandingan dengan ramai pelakon hebat termasuk Zara Zya, MK K-Clique, Afieq Shazwan, Datin Seri Noniswara, Dayang menyifatkan drama kekeluargaan tersebut menerapkan banyak tauladan yang boleh dihayati semua lapisan masyarakat.

“Banyak mesej positif yang membuatkan karya arahan Jamal Khan ini wajib ditonton kerana secara tidak langsung turut menonjolkan kekuatan dan semangat golongan wanita untuk bangkit daripada kesukaran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN