fbpx
Tangkap layar luahan seorang wanita di media sosial berkaitan bayaran jamuan anaknya di sebuah sekolah di Kluang, semalam.

Bayaran bukan RM150, hanya RM90 untuk dua program berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Kesilapan seorang pelajar memaklumkan jumlah bayaran sebenar bagi menyertai program tingkatan lima di sebuah sekolah di sini, kepada pihak penjaganya, menjadi punca seorang wanita meluahkan kemarahan yang dimuat naik dalam akaun Facebook Kluang Fan Club Original, kelmarin.

Pelajar di sekolah tersebut yang menghubungi Kosmo!, berkata, bayaran sebenar adalah hanya RM90 sahaja bukannya RM150 dan ia bukan untuk majlis jamuan perpisahan semata-mata, namun turut merangkumi majlis perkampungan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pembayaran itu turut merangkum kos untuk penginapan, makanan serta hadiah kepada pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut,” katanya, hari ini.

Sementara itu, pihak Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Ayub Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan, siasatan telah dilakukan dan mendapati ia adalah salah faham daripada ibu pelajar berkenaan.

Katanya, siasatan juga mendapati kutipan hanyalah RM90 dan ia digunakan untuk program perkampungan SPM serta majlis makan malam iaitu melibatkan kos penginapan, makanan serta hadiah kepada peserta program.

Semalam Kosmo! ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah di Kluang melenting selepas anaknya perlu membayar harga yang tidak masuk akal untuk jamuan perpisahan.

Wanita yang enggan dikenali itu mendakwa anaknya perlu membayar RM150 seorang selain wajib mengikut tema majlis iaitu British atau Victoria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN