fbpx
Tangkap layar luahan seorang wanita berkaitan bayaran jamuan anaknya di sebuah sekolah di Kluang.

Jamuan sekolah kena bayar RM150, tetapkan tema baju kayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah di bandar ini melenting selepas anaknya perlu membayar harga yang tidak masuk akan untuk jamuan perpisahan.

Wanita yang tidak memperkenalkan dirinya itu mendakwa anaknya perlu membayar RM150 seorang selain wajib mengikut tema majlis iaitu British atau Victoria.

“Anak saya belajar di tingkatan lima sebuah sekolah di Kluang dan mereka akan mengadakan jamuan perpisahan di dewan sekolah itu. Apa yang menjadi persoalan adalah bayarannya yang tidak masuk akal iaitu RM150 tidak termasuk pakaian mengikut tema dan perlu ditempah di luar dengan harga antara RM80 hingga RM100,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut wanita itu, lebih mengejutkan jamuan tersebut diadakan di dewan sekolah sahaja dan ia tidak sebanding dengan harga yang dikenakan kepada setiap pelajar.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang ketika dihubungi menyatakan akan menjalankan siasatan serta mengenal pasti sekolah yang dimaksudkan oleh wanita berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Kemaskini berita susulan tekan link ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN