S. Sivasangari memburu pingat emas kedua temasya Sukan Asia selepas bergelar juara edisi 2022. - Foto Ihsan Facebook S. Sivasangari

Sukan Asia 2026: Sivasangari selangkah pertahan pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Juara bertahan, S. Sivasangari mara ke separuh akhir acara perseorangan wanita skuasy Sukan Asia 2026 selepas menewaskan wakil Hong Kong, Ho Tze Lok di Arena Nagoya Kinjo Futo, Jepun, hari ini.

Pemain nombor lima dunia itu tidak berdepan masalah besar untuk melangkah ke kelompok empat terbaik selepas mencatat kemenangan straight set 11-8, 11-7, 11-8 di Nagoya Kinjo Futo Arena.

Kini, Sivasangari berpeluang mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi 2022 di China apabila bertemu seorang lagi wakil Hong Kong, Chan Sin Yuk.

Sin Yuk terlebih dahulu menyingkirkan wakil negara, Aira Azman, menerusi pertarungan empat set 10-12, 11-9, 11-5, 11-9.

Dalam acara beregu campuran pula, gandingan C. Ameeshenraj-Rachel Arnold turut memastikan tiket ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Oh Seojin-Heo Mingyeong, 11-8, 11-9.

Namun, satu lagi pasangan negara, Syafiq Kamal-Aifa Azman, terkandas di suku akhir selepas tewas kepada wakil Hong Kong, Lee Ka Yi-Tang Ming Hong, 7-11, 5-11. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN