SARAVANAN (lima dari kanan) pada Majlis Sumbangan Pendidikan 2026 kepada Pelajar Peringkat Ijazah, Diploma, Sijil dan Tingkatan 6 di Kompleks Sukan Tapah hari ini.

Penggantungan PN tidak jejaskan kekuatan BN – Saravanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) sejak Rabu lalu tidak menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, BN sememangnya bersifat berdikari dengan pencapaian (baik) dalam PRN Negeri Sembilan dan Johor sebelum ini.

“Barisan Nasional memang berdikari. Kalau kita lihat sejarah di Negeri Sembilan dengan Johor membuktikan bahawa rakyat memang rindukan BN. Seperti mana disebut oleh Presiden Barisan Nasional sebelum ini, kita akan pergi solo,” katanya dalam sidang media di Kompleks Sukan Tapah di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 194 individu yang layak pada Majlis Sumbangan Pendidikan 2026 kepada Pelajar Peringkat Ijazah, Diploma, Sijil dan Tingkatan 6.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa kelmarin.

PN merangkumi Pas, Bersatu, Gerakan, MIPP dan Wawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN