fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan ‘rider’ itu membantu wanita berkenaan menggantikan mentol lampu yang rosak. - Instagram

‘Abang rider, tolong gantikan mentol lampu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pemandu e-hailing (rider) di Indonesia terkejut apabila menerima pesanan daripada seorang wanita untuk membaiki lampu bilik sewanya yang rosak, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di bandar Tangerang, wilayah Banten, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ultramen_geter menunjukkan pemandu itu tiba di sebuah rumah sewa sebelum wanita terbabit memintanya untuk menggantikan mentol lampu yang rosak. 

Wanita berkenaan tidak mampu membaiki lampu itu sendiri disebabkan faktor ketinggian dan tiada peralatan seperti tangga. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 986,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Nasib dia tidak minta pasang siling,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN