fbpx
Tangkap layar video memaparkan sebahagian penduduk tempatan ketika berada di gua berkenaan yang terletak di Jawa Barat.

[VIDEO] Ramai percaya boleh ke Mekah ikut terowong ‘ajaib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TASIKMALAYA – Sekumpulan penduduk tempatan membanjiri sebuah gua di Jawa Barat kerana percaya wujud lorong rahsia ghaib yang boleh menembusi terus ke Mekah.

Kejadian yang berlaku di Gua Safarwadi, Pamijahan itu mencetuskan perdebatan hangat netizen selepas rakaman memaparkan pengunjung melaungkan lafaz talbiyah, “Labbaikallahumma Labbaik”, di dalam gua berkenaan seolah-olah sedang mengerjakan ibadah haji yang sebenar.

Lebih tidak masuk akal, ada dakwaan mitos yang mengatakan mereka kononnya boleh sampai ke Arab Saudi hanya dengan berjalan kaki selama satu setengah jam melalui laluan misteri terbabit tanpa memerlukan pasport, visa atau menunggu giliran rasmi.

Menurut lagenda turun-temurun, gua sepanjang 284 meter itu dipercayai pernah menjadi tempat bertapa seorang ulama abad ke-17, Syekh Abdul Muhi, yang dikatakan menggunakan karamah ilahi untuk berulang-alik ke Mekah melalui lorong tersebut.

Bagaimanapun, realitinya lorong sempit yang didakwa menjadi ‘jalan pintas’ ghaib itu sebenarnya telah ditutup dengan jeriji besi oleh pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu.

Langkah keselamatan itu diambil selepas seorang pengunjung nekad menceroboh masuk ke dalam lorong berkenaan kerana mahu membuktikan mitos tersebut, namun akhirnya sesat dan terperangkap di dalam gua sehingga terpaksa diselamatkan oleh orang ramai.

Sementara itu, Majelis Ulama Indonesia (MUI) bersama pertubuhan Islam Muhammadiyah tampil menyelar tindakan tersebut dan menggesa orang ramai supaya menggunakan logik akal untuk ke Mekah.

Pihak ulama menegaskan bahawa ibadah haji atau umrah hanya sah sekiranya dilakukan mengikut rukun yang betul secara fizikal di Mekah, bukannya di dalam gua. – Agensi

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN