fbpx
Dua kenderaan polis turut berada di hadapan kediaman Najib susulan pelaksanaan tahanan rumah, di Jalan Langgak Duta, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

Ketua Polis Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia dilihat mengadakan mesyuarat di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan perincian aspek keselamatan serta penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, identiti pegawai Jabatan Penjara yang hadir pada mesyuarat berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Sebanyak empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan, manakala Anuar Bakri tiba dengan menaiki kenderaan kira-kira pukul 2.20 petang.

Sehingga kini, mesyuarat berkenaan masih berlangsung.

Bagaimanapun, tujuan rasmi pertemuan serta perkara yang dibincangkan belum diperincikan oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN