fbpx
Keadaan rumah yang telah dipadam kebakaran di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Pasangan warga emas, cucu rentung rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sepasang warga emas dan seorang cucu mereka maut selepas rumah yang didiami musnah dijilat api dalam kejadian di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Raja Ahmad Raja Ali, 70, isterinya, Zaitun Mohamed, 64, dan cucu, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18.

Pihak bomba menerima panggilan menerusi talian NG 999 berhubung kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat itu pada pukul 4 pagi.

“Kediaman itu terbakar kira-kira 70 peratus dan terdapat mangsa di dalamnya. Berdasarkan maklumat terkini daripada ketua operasi, seorang lelaki berusia 70 tahun dijumpai dalam bilik air di tingkat bawah.

“Dua lagi mangsa terperangkap di tingkat atas dengan salah seorang daripada mereka ditemukan di dalam bilik tidur berhampiran tingkap,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, bantuan turut diterima daripada Fire Rescue Tender Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan jentera water tanker sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Selain itu, katanya, anggota bomba terpaksa memotong pintu kediaman sebelah yang tiada penghuni bagi melakukan kerja-kerja pemadaman api.

Sayani berkata, rumah tersebut dihuni enam individu namun hanya empat orang sahaja yang berada di dalamnya ketika kejadian tersebut.

Seorang penghuni, Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, terselamat kerana tidur di beranda semasa kejadian.

“Mayat tiga sekeluarga itu diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 8 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN