fbpx
Gambar hiasan.

Pasangan lelaki dan wanita ditemui tidak bernyawa dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta jenis Proton Preve di Taman Inang Sari, Durian Tunggal dekat sini, tengah malam tadi.

Menurut Superintendan Ahmad Abu Bakar, laporan berhubung penemuan itu diterima daripada orang awam pada pukul 12 tengah malam tadi.

Katanya, pemeriksaan sepasukan anggota ke lokasi mendapati kedua-dua mangsa yang berusia 31 dan 33 tahun bagaimanapun telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah termasuk mereka disamun atau berlaku pergelutan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasikafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika pemberita, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN