fbpx
Gambar hiasan

Jabatan Penjara masih tunggu pemakluman rasmi berhubung tahanan rumah Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Jabatan Penjara masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum sebarang tindakan lanjut dapat dilaksanakan.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64 berkaitan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan makluman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Ia termasuk membenarkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.

“Selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 19 September 2026, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara turut menjelaskan sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi yang sewajarnya sebelum dikemukakan kepada jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

“Jabatan Penjara sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang arahan rasmi yang diterima daripada pihak berkuasa yang berkenaan, selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara dan prosedur yang sedang berkuat kuasa.

“Jabatan ini akan melaksanakan sebarang keputusan dan arahan yang diterima secara teratur, profesional dan berintegriti,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Penjara menyeru semua pihak supaya merujuk sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan keputusan berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN