fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini meramalkan hujan lebat dan ribut petir di sembilan negeri sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, Kedah, Pulau Pinang Perak dan negeri-negeri Pantai Timur antara diramal terlibat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kuala Muda, Yan, Pendang, Sik, Baling dan Kulim), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) dan Perak (Hulu Perak).

“Terkesan sama, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Jerantut, Maran, Bera, Bentong, Temerloh dan Raub),” kata kenyataan itu.

Tambah MetMalaysia, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah turut menerima cuaca buruk sama.

“Turut terkesan ialah Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan Johor (Mersing, Kluang dan Kota Tinggi).

“Sementara di Sabah ialah di Pedalaman (Pensiangan), Tawau (Kalabakan dan Lahad Datu), Sandakan (Labuk dan Sugut, Kinabatangan, Sandakan, Telupid dan Paitan) dan Pantai Barat (Ranau),” tambah kenyataan sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN