fbpx
GAMBAR HIASAN

Ribut petir landa Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah diminta berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca itu dijangka melanda enam daerah di Kelantan membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

“Di Terengganu pula, amaran sama dikeluarkan di daerah Besut,” katanya.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka dilanda cuaca sama ialah Betong, Sarikei dan Samarahan membabitkan Sebuyau, Simunjan, Gedong serta Asajaya.

Turut terjejas Kapit melibatkan Song dan Kapit, Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman), Miri (Subis, Beluru dan Marudi), Mukah (Tanjung Manis), Sibu (Sibu dan Kanowit), Bintulu, Kuching (Lundu).

Di Sabah, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman membabitkan Keningau dan Tambunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN