fbpx
KANAK-KANAK yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan di Sungai Karangan, Kulim malam ini dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans. - Gambar MEDIA SOSIAL

Empat kanak-kanak jatuh longkang, 2 maut di lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Empat kanak-kanak dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini hari ini dengan dua daripada mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua kanak-kanak yang meninggal dunia masing-masing berusia lingkungan 12 tahun, manakala dua lagi yang berusia lapan dan 11 tahun dikejarkan ke hospital.

Setakat ini, keadaan dua kanak-kanak yang dibawa ke hospital tersebut masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima makluman mengenai empat kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang pada pukul 7.30 malam tadi.

“Anggota Balai Polis Sungai Karangan telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati dua mangsa lelaki telah dibawa ke hospital, manakala dua lagi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi video tular, beberapa mangsa dilihat dibawa naik dari longkang dan kawasan kolam oleh beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN