fbpx
Tangkap layar tular operasi menyelamat penumpang KM Virgo di Laut Jawa, Indonesia hari ini.

[VIDEO] 139 penumpang KM Virgo masih hilang, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seramai 103 daripada 243 orang yang berada di atas kapal penumpang Virgo Transport (KM Virgo) 8, yang terputus hubungan di Laut Jawa awal Ahad, berjaya diselamatkan, manakala seorang dilaporkan maut.

Laporan itu tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai insiden menimpa kapal penumpang berkenaan.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banjarmasin I Putu Sudayana berkata, operasi menyelamat dilakukan dengan menggunakan tiga kapal yang terlibat dalam operasi pencarian, manakala usaha diteruskan bagi mengesan mereka yang masih belum ditemukan.

“Setakat 12 tengah hari, kami telah menjalankan usaha mencari mangsa semaksimum mungkin dan penumpang berjaya diselamatkan oleh pasukan di lokasi.

“Kami boleh mengesahkan kira-kira 103 penumpang telah diselamatkan,” katanya pada sidang media di Banjarmasin pada Ahad yang disiarkan secara langsung oleh media tempatan. – Bernama

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN