fbpx
Dzulkefly mengimamkan solat jenazah Allahyarham Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Nahas helikopter: Lebih 1,000 ahli keluarga, penduduk solatkan jenazah Dr. Ainul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai lebih 1,000 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk menunaikan solat jenazah kepada Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini sebentar tadi.

Jenazah allahyarham diimamkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad selepas solat zuhur.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd. Asri Mat Daud.

Jenazah Ainul Baraah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Kampung Baung di sini untuk upacara pengebumian sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN