ALONSO

EPL: Chelsea belum mampu cabar gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Legenda Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink percaya pasukan itu belum mencapai tahap ‘pasukan yang lengkap’ dan belum mempunyai cukup kualiti untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Enzo Maresca dan Liam Rosenior masing-masing telah meninggalkan Chelsea selepas The Blues melalui pergolakan musim lalu yang berakhir dengan keputusan amat mengecewakan apabila mereka hanya menduduki tempat ke-10.

Namun, kini timbul semula rasa optimis dalam kalangan penyokong berikutan pelantikan Xabi Alonso sebagai pengurus serta perubahan dalam dasar perpindahan pemain menunjukkan bahawa kelab tersebut benar-benar mahu kembali ke puncak.

Terdapat banyak perkara positif berdasarkan kemenangan 3-2 Chelsea ke atas Fulham pada perlawanan pembukaan musim apabila trio serangan Alonso, iaitu Joao Pedro, Morgan Rogers dan Cole Palmer, semuanya berjaya menjaringkan gol.

Bagaimanapun, masih terdapat persoalan mengenai barisan pertahanan dan penjaga gol Chelsea pada peringkat awal musim 2026/27 ini. Robert Sanchez, yang berada di bawah tekanan, sebahagian besarnya dipersalahkan atas kedua-dua gol Fulham di Craven Cottage.

“Tiga mata itu sangat penting dan ada ketika Chelsea bermain dengan sangat baik serta menunjukkan persembahan yang hebat

“Tetapi, ada juga ketika anda terfikir bahawa masalah seperti itu perlu diperbaiki dan diselesaikan secepat mungkin. Jika Chelsea mampu mencatat banyak perlawanan tanpa bolos, mereka mempunyai peluang,” katanya.

Menurut Hasselbaink, Chelsea mempunyai peluang untuk menamatkan musim di atas Manchester United, Manchester City dan Liverpool terutama ketika mereka tidak terlibat dalam persaingan di peringkat Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN