Muhammad Shah dan Roghini tiba di Mahkamah Klang. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

[VIDEO] Kes Rocky: Shah, Roghini tiba di mahkamah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dua individu yang terkait dalam insiden kekecohan sehingga membawa kematian anjing liar bernama ‘Rocky’ tiba di Mahkamah Klang hari ini.

Kedua-dua mereka iaitu S. Roghini Devi, 42 dan Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, tiba selang enam minit bermula pukul 8.38 pagi.

Mereka diiringi barisan peguam masing-masing dengan dijangka didakwa dibawah Akta Kebajikan Haiwan.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati pekarangan mahkamah dikawal ketat dengan setiap pelawat akan diimbas menggunakan mesin pengimbas.

Kawalan keselamatan turut diperketatkan dengan kehadiran 50 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Kosmo! sebelum ini melaporkan, operasi menangkap anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersama penduduk setempat bertukar kecoh apabila dihalang seorang wanita sebelum membawa kematian terhadap Rocky pada 29 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN