NORAINI didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM6.56 juta. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

[VIDEO] Ketua Pegawai Kewangan IPTS didakwa pecah amanah lebih RM6.56 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang Ketua Pegawai Kewangan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM6.56 juta.

Tertuduh, Noraini Aripin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah IPTS telah diamanahkan untuk mengurus wang berjumlah RM6,557,720 milik syarikat berkenaan bagi tujuan pembayaran duti ad valorem kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta tersebut dengan membuat pembayaran bagi tujuan lain sehingga menyebabkan bayaran duti ad valorem kepada LHDN tidak dibuat.

Kesalahan itu dilakukan antara September 2025 hingga April 2026 di pejabat IPTS tersebut di Bandar Enstek, Nilai.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah jenayah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Jika sabit kesalahan, boleh dienjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun, disebat dan denda. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN