Trafik sesak di laluan turun Genting Highlands petang ini. – FOTO MEDIA SOSIAL

Tiada ‘roadblock’ turun Genting Highlands, hanya periksa but kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada sekatan jalan raya atau ‘roadblock’ dilaporkan di laluan turun dari Genting Highlands, namun trafik masih sesak petang ini.

Beberapa pengguna media sosial yang melalui laluan berkenaan mendakwa polis hanya melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan, menyebabkan trafik bergerak perlahan.

“Takde roadblock (sekatan jalan raya) sebenarnya, saya baru lepas,” kata filzaae.

“Jem (sesak) sebab polis check (periksa) but kereta. Semua kereta yang lalu dia spotcheck (diperiksa secara rawak),” komen ihveliyn.

“Dari Antara nak pergi Genting Premium Outlets je pun. Setiap lima minit dapat gerak lima meter je,” tulis amirul_asraffff.

“Jem lutut nie. Kaki lenguh akibat kerap menekan brek dan menahan klac ketika menuruni Genting Highlands,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, media sosial kecoh selepas sebuah kedai emas di Genting Highlands didakwa dirompak sehingga kawasan peranginan itu dikatakan dikenakan sekatan pergerakan sementara, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN