Gambar hiasan

Penduduk Langkawi rasa gegaran beberapa saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Penduduk di pulau ini merasakan gegaran selama beberapa saat susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada petang ini.

Penduduk Kampung Ketapang di Temonyong, Azlina Hamat, 54, berkata, dia merasakan gegaran ketika berada di rumahnya kira-kira pukul 6.50 petang.

“Saya sedang berbaring di lantai sambil menonton televisyen sebelum merasakan gegaran. Memang rasa pelik pada mulanya sebelum mengetahui ia berpunca daripada gempa bumi di Indonesia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk Kampung Kelibang di Kuah, Muhammad Adam Mohd Azhar, 19, berkata, dia turut merasakan gegaran tersebut selama beberapa saat.

“Ketika itu saya sedang bermain telefon di atas katil dan tiba-tiba terasa gegaran. Pada mulanya saya ingat ada binatang di bawah katil. Bagaimanapun, keluarga beritahu berlaku gempa bumi di Indonesia lewat petang ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN