Wong Kah Woh (duduk tengah) menghadiri Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Toyo Tyre Malaysia (TTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Taiping hari ini.

Permohonan Kolej Vokasional meningkat, lebih 67,000 calon rebut 19,567 tempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terus mencatat peningkatan memberangsangkan apabila 67,045 permohonan diterima setakat ini bagi sesi pengambilan tahun ini, berbanding kapasiti yang hanya 19,567 tempat di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu dijangka meningkat kepada lebih 68,000 permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada tengah malam ini.

Menurut beliau, peningkatan tersebut mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), khususnya di Kolej Vokasional yang semakin mendapat tempat dalam kalangan lepasan sekolah.

“Permintaan terhadap Kolej Vokasional sangat tinggi. Dengan kapasiti 19,567 tempat yang disediakan di seluruh Malaysia, setakat ini kita telah menerima 67,045 permohonan dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

“Setiap permohonan akan melalui proses semakan dan saringan sebelum keputusan dibuat,” katanya selepas menghadiri Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd. (TTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Hotel Warisan Taiping di sini hari ini.

Wong berkata, peningkatan permohonan itu adalah hasil usaha berterusan KPM dan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekosistem TVET, termasuk memperluas kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri.

Beliau berkata, kadar kebolehpasaran yang kekal sekitar 98 hingga 99 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuktikan laluan TVET di Kolej Vokasional kini menjadi antara pilihan utama pelajar untuk membina kerjaya selepas tamat persekolahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN