Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Ingatkan suami berdengkur di sebelah, rupa-rupanya…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ingatkan suami tidur berdengkur di sebelah, rupa-rupanya kena ganggu hantu raya.

Itu pengalaman seram dialami seorang wanita apabila dia diganggu ‘makhluk’ berkenaan, setiap kali suaminya bekerja shif malam.

Kisah itu diceritakan oleh Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa menerusi hantaran video TikTok yang mana wanita itu kemudiannya mendapatkan rawatan daripada pusat berkenaan.

“Suami kerja shif malam, dia mesti kena kacau.

“Banyak kali dia perasan ada orang tidur berdengkur di sebelah dia. Bila toleh ‘sebiji’ macam susuk tubuh suami,” menurut hantaran tersebut.

Tidak hanya tidur di sebelah, wanita itu juga didakwa pernah dihempap hantu raya itu.

“Paling dahsyat dia terbangun tidur, terkejut benda tu duduk hempap atas badan dia.

“Bila baca bismillah, benda tu hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN