Tangkap layar video menunjukkan seorang penunggang motosikal mengambil beg sekolah yang tersangkut pada tanduk kerbau. - TikTok

Beg sekolah tersangkut pada tanduk kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pelajar lelaki di Indonesia berdepan detik cemas apabila beg sekolah miliknya  tersangkut pada tanduk seekor kerbau semasa berjalan menuju ke sekolah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pelajar itu meminta seorang penunggang motosikal untuk mengambil beg tersebut. 

Tidak lama kemudian, penunggang motosikal itu berjaya mengambil beg sekolah yang tersangkut pada tanduk kerbau itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 151,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Macam mana boleh tersangkut!” kata seorang netizen. 

“Punca datang lewat ke sekolah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN