VERSTAPPEN meraikan kejayaan di pentas podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada Grand Prix (GP) Belgium di Litar Spa-Francorchamps, Spa pada 19 Julai 2026. – AFP

F1 sedia ubah peraturan demi Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ugutan pelumba Red Bull, Max Verstappen untuk meninggalkan saingan Formula Satu (F1) ternyata menarik perhatian Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicalli.

Verstappen yang juga juara dunia empat kali merupakan antara pelumba ternama melakukan kritikan terhadap peraturan semasa yang disifatkan sebagai faktor perlumbaan menjadi bosan dan tidak lagi kompetitif.

Domenicalli berkata, pihaknya sedang melakukan perbincangan selain meneliti beberapa perubahan yang mungkin dilakukan selepas mengambil maklum kritikan serta pendapat disuarakan setiap pelumba ketika ini.

“Saya fikir Max (Verstappen) pasti gembira dengan beberapa perubahan jangka pendek dan panjang yang akan dibuat. Max merupakan seorang pelumba yang sangat sayangkan F1 dan kami sentiasa berbincang mengenai masa depan.

“Selain itu, kami juga ada melakukan perbincangan berhubung peraturan yang boleh dibuat pada masa hadapan. Secara jujur, saya dan Max memiliki hubungan yang sangat baik dan tidak seperti digambarkan diluar sana,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan, peraturan perlumbaan tidak boleh diubah atau ditukar sewenang-wenangnya kerana ia melibatkan tadbir urus selain perlu mendapat kelulusan beberapa pihak terbabit.

“Kita tidak boleh lupa bahawa ada tadbir urus untuk mengubah peraturan perlumbaan. Selain itu, setiap pasukan dan pengeluar perlu ada persetujuan bersama dengan kami dan FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa),” ujar Domenicalli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN