Jenazah Allahyaram Hamizi yang meninggal dunia ketika transit di Bangkok kelmarin, selamat tiba di Bukit Kayu Hitam, Kedah, hari ini. Foto FACEBOOK MR WAN CAI OFFICIAL

Meninggal dalam pesawat: Jenazah rakyat Malaysia tiba di Bukit Kayu Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenazah rakyat yang Malaysia meninggal dunia ketika transit di Bangkok, Thailand kelmarin, selamat tiba di sempatan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah, hari ini.

Menerusi hantaran Facebook pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Cai Official memaklumkan, perjalanan membawa jenazah dari Bangkok mengambil masa hampir 12 jam dan sedikit lewat daripada jadual asal.

“Urusan dokumentasi kini sedang dibantu oleh pihak FTC Thailand Insurance.

“Insya-Allah, jenazah akan dituntut oleh rakan gabungan Van Jenazah Wakaf Perlis. Semoga segala urusan dipermudah,” menurut hantaran berkenaan.

Hari ini Kosmo! Online melaporkan, seorang rakyat Malaysia meninggal dunia ketika transit di Bangkok, Thailand sebelum meneruskan penerbangan ke Hokkaido, Jepun dalam kejadian kelmarin.

Difahamkan, Allahyarham Hamizi Mohd. Noor, 52, ke Hokkaido menyertai trip percutian syarikat.

Terdahulu, tular video kejadian itu di media sosial memperlihatkan kru kabin berusaha memberikan bantuan kepada Allahyarham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN