fbpx
Pegawai polis melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan di Taman AST, di sini, semalam. FOTO Ihsan PDRM

Pusat hiburan di Seremban diserbu, ketamin dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seramai 14 individu ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat hiburan di Taman AST, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita tempatan serta tiga wanita warga Vietnam.

Katanya, semua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis turut merampas serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamin seberat 9.09 gram bernilai RM1,818. Beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes turut dirampas,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN