Seorang anggota penjara dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh pagi tadi.

Anggota penjara disyaki terima rasuah bawa masuk barang larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang anggota penjara direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai dorongan untuk membawa masuk artikel larangan ke dalam penjara.

Perintah reman sehingga 10 Ogos itu telah dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani terhadap suspek berusia 20-an selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Ayer Keroh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 11.50 pagi semalam di rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu ketika bertugas di penjara di Melaka.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah berkenaan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet) miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN