fbpx
FEBRIE menafikan sebarang salah laku. – AGENSI

Emas 74kg, wang RM77 juta dalam rumah bekas pendakwa raya dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan bekas pendakwa raya anti rasuah selepas merampas wang tunai bernilai berjuta-juta dolar dan lebih 70 kilogram jongkong emas dari rumah dan hartanah miliknya, kata seorang pegawai.

Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu sudah lama bergelut dengan gejala rasuah dan menahan ramai pegawai awam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Febrie Adriansyah didakwa melakukan pengubahan wang haram semasa berkhidmat sebagai ketua pendakwa raya anti rasuah Indonesia,”  kata Penolong Peguam Negara bagi Pengawasan, Rudi Margono kepada pemberita semalam.

Febrie meletak jawatan pada 11 Julai lalu  selepas memegang jawatan itu selama lebih empat tahun, berikutan serbuan ke atas hartanah, termasuk rumahnya di luar Jakarta.

Polis  merampas wang tunai berjumlah AS$19 juta (RM77.7 juta)  dalam pelbagai mata wang dan 74 kilogram jongkong emas bernilai jutaan dolar.

Selepas disoal siasat selama berjam-jam, Febrie menafikan sebarang salah laku lewat semalam dan mendakwa bahawa beliau adalah mangsa ‘penjenayahan’ dalam kenyataan  kepada  saluran televisyen  tempatan.

Peguamnya, Febri Diansyah berkata,  anak guamnya berharap agar proses undang-undang boleh berjalan dengan adil.

Siasatan terhadap Febrie dimulakan oleh polis dan diserahkan kepada pakar-pakar  antirasuah di bekas pejabatnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN